Friday, September 6, 2013
Kekejaman Puak Syiah Terhadap Warga Syria
Berikut
adalah poin-poin sebagian kebiadaban syi’ah la’natullah di Suriah, yang
disebutkan oleh seorang ulama Doktor bidang Aqidah asal Suriah melalui
Radio Rodja dan diterjemahkan oleh Ust.Firanda Hafizhahullah, beserta
fakta-fakta dari sumber lainnya :
Wednesday, July 31, 2013
Umat Islam Keliru
Semakin Lama Semakin Bertambah Keliru Umat
Islam Berbangsa Melayu Di Tanah Melayu Ini. Umumnya Umat Islam Berbangsa Melayu
Kini Tidak Mempunyai Asas Agama Yang Kukuh, Tidak Mengenali Sejarah Islam,
Tokoh2 Dalam Islam, Lemah Penguasaan Ilmu Al Quran Dan Hadis.
Wednesday, May 15, 2013
Apa lagi? Ini bukan mitos.
Apa lagi yang mereka mahu?
Memfitnah sudah
Menipu sudah
Menang sudah
Lalu.. apa lagi yang mereka mahu.
Memfitnah sudah
Menipu sudah
Menang sudah
Lalu.. apa lagi yang mereka mahu.
Friday, March 22, 2013
Kisah Sedih: gadis dibunuh sahabat sendiri….Allahyarham Juliana Md. Fuzi

allahyarham Juliana Md. Fuzi
pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat
Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan
sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah
agak lama mereka tidak bertemu
rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas
pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu
terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa
bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun
Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan
menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian,
kejam…memang kejam!

hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu
bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati
namun Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan
itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula
tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia
hari ini setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua
panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad
berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang
kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka
katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian
tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi,
Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
“Kami
tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan
ituadalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan
Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.
panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki
mengapa aku bercakap mengenai kes ini?
pertama, aku tidak faham mengapa suspek sanggup bersekongkol dengan
teman lelakinya menyamun dan membunuh sahabat baiknya sendiri, walhal
mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama mereka tak
berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun
mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!

pusara Allahyarham
kedua, hati aku tersentuh bila membaca tulisan seorang lagi sahabat arwah yang dikongsinya dalam bloghttp://sazwan57.blogspot.com/2009/07/alhamdulillahkes-arwah-dah-selesai.html, bacalah kalau korang nak tahu lebih lanjut
korang juga boleh baca nukilan yang ditulis oleh pensyarahnya di link ini…http://mamahayyanharraz.blogspot.com/2009/07/semoga-rohnya-tenang-di-sana.html
akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah
buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat
ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya
sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad
Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua
Al-Fatihah untuk Allahyarham Juliana Md. Fuzi.
- See more at: http://infogempaq.blogspot.com/2013/02/kisah-sedih-gadis-dibunuh-sahabat.html#sthash.ntwH6xKt.dpuf
Kisah Seram Di Genting Highland
Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai,
terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP
yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya
sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi
“tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini.
Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang
dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke
Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang
berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang
dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi
semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya
Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang
menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa
“Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak
Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak
Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh
itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita
lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.


Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang
cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang
tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena
kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka
menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management
selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu.
Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:

Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court
mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung
masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg
barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi
sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik
kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu
dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai
member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang
ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak
layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu
dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
“aku
nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak
sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus
paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa
minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa
jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik
melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm
kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie
hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh
datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat
situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”


Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada
seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar
badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah
tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang
kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina
tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan
suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut
tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara
anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada
sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade
sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram
je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1
unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je
bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram
jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm
bunyi bile oven dah panas.”
3. First World Hotel

Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini.
Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum
pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:
Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat 1st world pun seram aku dgr
cita membe akum ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil
tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak
ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik
stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku
baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal
aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido
pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
4. Cradle Rock

Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:
budak genting panggey tempat tu
BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti
perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat
situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata
kat situ ade kes suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi
jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu
ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan
nangis2……………..ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama makin kuat
nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni kire
kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.
P/s: Walaupun kisah ini dah lama, tapi mungkin masih diingati oleh
mereka yang pernah mengalaminya, kalau korang ada pengalaman menyeramkan
di Genting Highland ni, bolehlah kongsikan bersama kami..
Saturday, March 9, 2013
Ditangkap khalwat oleh suami sendiri...
....semasa sambut Hari Jadi
Pengarah Sudah 50kali Ajak Main!
‘Saya Sudah Tidak Tahan,Pengarah Sudah 50kali Ajak Main’!
‘Kami Tak Buat Apa-Apa, Hanya Temankan Tunang Saya Tidur’

‘Kami Tak Buat Apa-Apa, Hanya Temankan Tunang Saya Tidur’ - BATU PAHAT : “Sumpah ustaz, kami tak buat apa-apa, saya hanya temankan tunang saya tidur sahaja,” kata seorang lelaki ketika ditahan dalam serbuan Ops Valentine di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai di sini, awal pagi semalam.
Ustazah Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher

Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba
memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)
yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri
apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.
Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak
lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.
Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah
berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya
orang kedua dalam premis berkenaan.
Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya,
menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung
kesan merah di lehernya.
Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat
digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya
yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu
terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.
Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh
guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah
teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.
Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan
tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.
Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit
mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang
tinggi.
SUMBER: http://pengempaq.blogspot.com/2013/03/ustazah-dicekup-kerana-memiliki-kondom.html
Budak Sekolah Melacur Kaut RM18,000 Sebulan
Bermodalkan RM2 untuk
melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian
persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya
menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah
umur menerusi perkenalan di FB.
Itu yang dilakukan Tina,
17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki
peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya
ketika itu baru 13 tahun.
Gadis berasal dari utara
tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana
tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap
liarnya.
Peluang itu digunakan
Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di
tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup
mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan.
Sanggup membelakangkan
keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah ‘keluar kandang
harimau, masuk mulut buaya’ apabila rumah yang dihuninya turut menjadi
‘port’ lepak 10 lelaki setiap hari.
“Saya pasti keluarga
melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan
supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya
diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada
Fendi.
“Tiada paksaan ketika
kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama
seronok. Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan
Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman
berkenaan.
“Namun saya tak bodoh,
sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar.
Paling banyak RM60, paling sedikit RM30.
“Fendi yang kononnya
kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana
saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya,” katanya kepada
Metro Ahad.
Menurut Tina, selama
tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu
melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari.
Secara purata, gadis
hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran
RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika ‘bekerja’
berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak
itu.
Selepas bosan selain
memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari
‘penjara ciptaan’ itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya
membeli-belah menggunakan duit haram itu.
Namun, kegembiraan untuk
membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila
Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan.
Pertemuan dengan keluarga
yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan
keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari
semula selepas pergerakannya dikawal ketat.
“Saya dikurung keluarga,
namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. Berbekalkan wang
tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib
baik tidak cedera.
“Kemudian, saya ke kafe
siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan
berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka.
“Bertemu di lokasi
ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun,
‘dating’ ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel.
“Sekali perkhidmatan,
saya mengenakan bayaran maksimum RM60. Selalunya pelanggan tidak kira
keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel
sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan
layanan saya.
“Selepas habis tempoh
itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya.
Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan
diri dari rumah,” katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung,
Selangor.
Enggan menyalahkan
sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika
memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan
berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang
sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi
tidak mencukupi.
Malah, katanya, dia tidak
memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar
keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya.
“Saya berada di sini
hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya
masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di
lembah maksiat.
“Namun, masih banyak
perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. Saya juga belum kuat
untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke
jalan salah,” katanya mengakhiri perbualan.
Sunday, March 3, 2013
Perang Habis-Habisan
Tentera Malaysia Akan Perang Habis-Habisan Dalam 24 Jam
Konspirasi?
Krisis Lahad Datu Sabah : Kerajaan UMNO Barisan Nasional Yang Salah? Konspirasi Terancang UMNO?

Krisis Lahad Datu Sabah :
Krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah semakin panas ketika ini bukan
sahaja di lapangan Lahad Datu dan Semporna tetapi juga di pentas politik
apabila masing-masing terus mempolitikkan isu ini dan tuding emnuding
sesama sendiri sedangkan krisis pencerobohan belum pun menemui jalan
penamatnya. Terbaru…..
Jikalau sebelum ini sudah 2 komando PDRM telah pun terbunuh, terbaru 6 orang lagi anggota PDRM terkorban dalam serangan hendap masing-masing di Lahad Datu dan Semporna. Bagaimana pula agaknya dengan nasib dan keselamatan rakyat Sabah ketika ini?
Krisis Lahad Datu Sabah : UMNO Puncanya?

Sumber : Keadilandaily
Sekarang ini anggota keselamatan kita sedang berperang dengan penceroboh
Lahad Datu yang telah “berjaya mencabul kedaulatan negara”. Harapan
kami sebenarnya, dalam urusan dan krisis Lahad Datu Sabah seperti ini
baik Pakatan Rakyat & Barisan Nasional perlulah bersatu hati tanpa
mengira fahaman politik. Ini bukan masanya untuk memperolehi “political
milaage”.

Sumber : KeadilanDaily
Apabila melihat telatah sesetengah kalangan pemimpin politik yang kita
ada sekarang ini disebalik krisis Lahad Datu Sabah ini, teringat kami
dengan satu ungkapan ini :
“Sometimes the military don’t start wars. Politicians start wars”
Krisis Lahad Datu Sabah : Hentikanlah Tuding-Menuding!!
Diharapkan juga perasaan hiba yang menyelubungi keluarga wira-wira
negara kita yang telah terkorban ini dijaga. Sepatutnya apabila sudah
bergelar seorang ahli politik yang boleh kami katakan sudah agak lama,
perlulah berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan. Tidak perlulah
“menyibukkan diri” tampil ke hadapan sekadar hanya mahu meraih
keuntungan politik semata. “Jangan sesekali cuba menangguk di ayer yang
keruh”.

Dan kami sama sekali tidak merasakan yang krisis Lahad Datu Sabah
termasuk insiden tembak menembak di Lahad Datu dan terbaru di Semporna
Sabah adalah berpunca daripada tindakan & konspirasi terancang UMNO Barisan Nasional untuk menjadikan ia sebagai sandiwara menjelang pilihanraya Umum ke 13.
Kami tidak rasakan begitu UMNo Barisan Nasional sanggup untuk mengemabil risiko terbesar seperti
ini apatah lagi ia membabitkan keselamatan negara dan campur tangan
pihak asing (penceroboh tentera SULU) hanya untuk kepentingan politik
masing-masing. Tidak. Kami tidak fikir begitu sehingga begitu sekali.

Cuma….apa yang boleh kami katakan setakat ini, ia sebenarnya berpunca daripada satu masalah dan krisis yang telah “bernanah” sejak sekian lamanya…..Apa respon balas anda pula?
P/S : Salam takziah kepada ahli keluarga mangsa yang telah terkorban.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada wira-wira negara kita yang
telah berjuang habis-habisan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan
negara kita yang sedang cuba dirobek daripada apa yang berlaku dalam krisis Lahad DatuSabah ini
PP/S : Harapan kami tidak kira apa warna parti kita semua sekalipun,
sama-samalah kita bersatu. Ini adalah “Rumah Kita”. Sabah adalah milik
rakyat Sabah yang “tulen” dan milik kita semua, milik rakyat Malaysia
untuk sama-sama kita pelihara dan pertahankan.
Monday, February 25, 2013
Aksi jijik budak sekolah merakam pelajar perempuan diraba beramai-ramai
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemuda PAS Wilayah) mengutuk tindakan jijik pelajar-pelajar sekolah yang melakukan aksi lucah, meraba serta merakamkan kegiatan tidak bermoral itu untuk disebarkan melalui telefon bimbit.

Pendedahan muka depan akhbar Harian Metro yang bertajuk “Aksi jijik budak sekolah” hari ini amat mendukacitakan dan mengaibkan kita.
Pemuda PAS Wilayah mengesa agar pihak Polis dan Kementerian Pelajaran
Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap perkara ini.
Tindakan biadap ini telah menjatuhkan imej institusi pendidikan negara
ini. Kita gah dengan pelbagai sistem dan program pendidikan yang
dikatakan antara yang paling baik dirantau ini. Namun disebalik gahnya
pakaian seragam sekolah yang kita banggakan selama ini, pelajar-pelajar
kita semakin hanyut dengan dunia remaja mereka.
Sikap
segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak hingga
menyediakan mereka telefon bimbit yang begitu canggih serta boleh
merakam gambar dan disalah gunakan seperti ini amatlah dikesali. Tidak
salah untuk ibu bapa menyediakan telefon bimbit untuk memudahkan mereka
menghubungi anak-anak mereka pada bila-bila masa, tetapi perlu ada
pemantauan yang kerap dan telefon bimbit berkamera bukanlah satu
keperluan penting pada usia mereka yang masih mentah untuk menilai
sesuatu yang baik atau yang buruk. Akal budi mereka masih muda dan perlu
dididik dengan baik lagi.
Ibu bapa kini juga seharusnya bersikap sensitif terhadap kisah-kisah
jenayah dan seks bebas khususnya yang berlaku kalangan anak-anak remaja
dan pelajar sekolah masa kini. Remaja memang tidak suka dikongkong
tetapi itu tidak bermakna mereka harus diberikan kebebasan tanpa batasan
sebegini. Ibu bapa perlu memerhatikan anak-anak mereka, mengenali
kawan-kawan mereka dan tahu aktiviti mereka diluar rumah atau diluar
waktu persekolahan.
Ibu bapa juga perlulah memperbanyakan masa bersama mereka dan memahami
masalah mereka serta berkongsi kehidupan bersama mereka dalam erti kata
yang sebenar bukannya sekadar ikatan antara anak dan ibu bapa sahaja.
Diusia semuda ini, mereka perlukan ramai kawan dan ibu bapalah kawan
mereka yang terbaik.
Sekali lagi, Pemuda PAS Wilayah menegaskan agar pihak Kerajaan dan Polis
mengambil langkah-langkah drastik terhadap perkara ini demi menjaga
nama baik institusi pendidikan dan akhlak pelajar di negara ini. Kita
tidak mahu negara ini diwariskan kepada generasi yang rosak seperti ini.
Kita mahu negara ini kelak dipimpin oleh mereka yang berakal,
berdisiplin dan sensitif terhadap masa depan mereka dan negara.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
———–> Petikan Harian Metro
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KUANTAN: Perbuatan merakam aksi lucah melalui telefon bimbit bukan saja mudah dilakukan, malah kini makin menjadi-jadi.
Terbaru membabitkan klip video memaparkan sekumpulan pelajar lelaki
sekolah menengah mencabul seorang pelajar perempuan di tepi parit.
Selepas klip video aksi kurang ajar kumpulan Mat Rempit merakam aksi
melampau mereka mencabul seorang gadis bertudung disebar menggunakan
telefon bimbit baru-baru ini, kini klip video terbaru bertajuk ‘budak
sekolah berani’ itu hangat diperkatakan di kalangan pelajar.
Rakaman tiga minit sembilan saat itu menunjukkan tiga hingga empat
pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah rakus meraba tubuh
gadis itu yang juga memakai seragam sekolah iaitu baju kurung putih dan
kain biru muda.
Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Arsyad Khan, 45,
berkata dia menemui klip video perbuatan jijik pelajar sekolah terbabit
dalam telefon bimbit anak lelakinya berusia 16 tahun.
Katanya, dia memeriksa telefon bimbit itu selepas terdengar perbualan anaknya dengan seorang rakan sebaya di luar rumah.
“Ketika itu, saya berehat sambil bersandar di tepi tingkap. Tak lama
kemudian, seorang rakan anak saya datang dan mereka berbual di luar
rumah berhampiran tempat saya bersandar.
“Awalnya, mereka berbual perkara biasa. Namun, lama-kelamaan perbualan
mereka menjurus kepada perkara berbaur lucah membuatkan saya memasang
telinga untuk mengetahui apa yang mereka bualkan,” katanya.
Arsyad turut mengintai kedua-dua remaja itu di sebalik cermin tingkap dan mendapati masing-masing memegang telefon bimbit.
Dia mengesyaki anak dan rakannya mungkin menonton sesuatu yang kurang elok dalam telefon bimbit mereka.
Atas rasa ingin tahu, dia memanggil anaknya dan meminta telefon bimbit itu untuk diperiksa.
“Anak saya mendakwa dia dan rakan hanya melihat klip video biasa dan
enggan menyerahkan telefon bimbitnya. Namun, sebagai bapa saya berkeras
meminta telefon bimbit itu,” katanya.
Katanya, dia terkejut apabila mendapati telefon bimbit itu mengandungi
klip video aksi lucah yang dirakam sekumpulan pelajar sekolah menengah.
Rakaman itu menunjukkan seorang gadis tidak bertudung ditelentangkan di tepi parit sedang dicabul beberapa pelajar lelaki
Seorang lagi pelajar merakam perbuatan itu daripada pelbagai sudut.
Menurutnya, dia jijik melihat perbuatan pelajar sekolah terbabit yang diumpamakan sebagai binatang.
“Perbuatan mereka macam binatang kerana tak segan-silu mencabul gadis,
apatah lagi di tempat terbuka pada waktu siang. Pelajar perempuan itu
tidak diketahui keadaannya sama ada rela diperlakukan sedemikian atau
dikhayalkan pelajar lelaki terbabit.
“Ada kemungkinan mereka terikut-ikut dengan aksi lucah yang melambak di
pasaran gelap sekarang. Saya kesal kerana jika pada usia remaja sudah
menunjukkan perbuatan yang melampau, apa akan jadi apabila mereka
meningkat dewasa,” katanya.
Kata Arsyad, anaknya mendakwa klip video itu diperoleh daripada rakan yang dipindahkan melalui ‘bluetooth’.
Ini yang mendorong anaknya memiliki klip video itu kerana ia dimiliki ramai rakannya.
“Bagaimanapun, saya menasihatinya jangan lagi menyimpan klip video seperti itu kerana boleh merosakkan akhlak.
“Saya bimbang jika penyebaran klip video ini di kalangan pelajar tidak
dikawal, ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka kepada gejala seks
bebas,” katanya.
Mengulas gejala semakin teruk dilakukan sesetengah remaja gila seks,
penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, berkata golongan itu cuba
meniru adegan lucah daripada klip video yang pernah ditonton dengan
merakam sendiri aksi lucah mereka bersama rakan.
“Gejala ini bukan perkara baru, ia kerap dibangkitkan terutama dalam
media. Namun, sikap ibu bapa yang mahu melindungi perbuatan anak mereka
kerana bimbang dikenakan hukuman berat membuatkan masalah ini dianggap
terpencil.
“Realitinya, perkara sebegini berlaku bukan saja di bandar, malah di
mana-mana. Masalah bertambah besar jika ia berlaku di sekolah tetapi
pihak sekolah tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana bimbang
mendapat prestasi buruk,” katanya.
Baginya, disebabkan pihak sekolah merahsiakan perbuatan itu, langkah
pencegahan sukar diambil kerana pelajar menganggap ia bukan kesalahan
besar.
Apabila tiada tindakan tegas diambil, kesannya pelajar terbabit akan
menjadikan perbuatan mencabul itu sebagai tabiat hingga dewasa.
“Lebih buruk, keseronokan yang dilakukan tanpa memikirkan risikonya itu
bakal mendorong pelakunya melakukan jenayah seksual,” katanya.
Sehubungan itu, Kamal Affendi meminta pengurusan sekolah dan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memandang serius isu seks bebas di kalangan
pelajar supaya dapat menangani gejala negatif itu.
“Lazimnya, apabila jenayah dilakukan pelajar, ia cuba ditutup kerana
menganggap si pelaku masih mentah lalu memberi kelonggaran kepada
mereka.
“Sedangkan, kesalahan mereka boleh dihukum mengikut Kanun Keseksaan,” katanya.
Saturday, February 23, 2013
Ustazah Zalim
Ustazah Bersubahat Biarkan Suami Rogol Anak Sendiri

AMPANG : Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan bersubahat dengan suami baru yang merogol dan mencabul anak kandungnya yang juga bawah umur, tiga bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang berusia 15 tahun satu bulan di rumah mereka di Bukit Ampang Permai, di sini antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada April lalu.
Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menyuruh anak perempuannya membuka pakaian dan menutup mulut mangsa tanpa kerelaan ketika suami merogolnya.
Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang sama di rumah sama dengan menyuruh masuk ke dalam bilik mereka, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada 12 Mei lalu.
Sumber : Metro
Tak Jadi Rogol... aiyoo...
Alat Kelamin Tak Berfungsi, Tak Jadi Rogol
Siapa Sebenarnya Yasmin Hunwick, Trending Di Twitter
Seks dengan bapa mertua?
Panas!!! Isteri Curang Melakukan Seks Dengan Bapa Mertua
Linda Onn di malukan...
Linda Onn Malu Dan Terkilan Dipanggil ‘Bengong’ Depan Perdana Menteri
Aku peduli apa kalau lelaki tinggal rumah aku - Linda
“Saya tidak kisah apa orang nak kata. Ini rumah saya dan hak saya. Jadi suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa.”
Tragedi Hari Kekasih :
Wanita Maut Ditikam Tiga Kali

Tanggal 14 Februari bagaikan tarikh untuk membunuh diri. Semalam,
seorang wanita bangsa Cina berusia 36 tahun dikatakan terjun dari
tingkat enam di pusat membeli belah Berjaya Times Square
akibat bergaduh dengan kekasihnya. Satu lagi kes berlaku di Bukit
Mertajam apabila seorang wanita ditikam oleh teman lelakinya sendiri
awal pagi semalam.
Akibat cemburu, seorang lelaki sanggup menikam sehingga mati seorang
gadis sebelum bertindak menikam dirinya sendiri sebanyak empat kali di
sebuah rumah di Taman Hwa Seng dekat Alma semalam. Mangsa, Tan Ching
Chin, 24, sedang mandi di rumah tersebut sebelum pemuda itu menikam
mangsa sebanyak tiga kali. Bagaimanapun, mangsa mati di tempat kejadian
dan pemuda itu masih berada dalam keadaan kritikal.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner
Mazlan Kesah, suspek dipercayai menaruh hati terhadap mangsa yang
merupakan pembekal barangan binaan kepada syarikat abang gadis itu yang
juga tempatnya bekerja.
Menurutnya lagi, kedua-duanya baru berkenalan selama enam bulan dan
suspek berada di rumah mangsa sejak 10 Februari lalu untuk bersama-sama
menyambut Tahun Baharu Cina.
Nafsu Pelajar Masa Kini... Hai Ntahla...
Nafsu Pelajar ???
Terjun KB Mall?
Video Bunuh Diri Terjun KB Mall

Terkejut, tergamam, terpana kami sekeluarga. Menakutkan! Baru jer tengok
Video Seorang Budak Perempuan Bunuh Diri dengan terjun dari KB MALL.
Mujur tergerak hati nak jenguk Facebook tadi. Tak pasti apa motif budak
perempuan ni cuba bunuh diri dengan terjun dari bahagian atas KB Mall.
Mungkin sebab gagal ataupun kecewa dengan keputusan SPM yang diumumkan
semalam, ataupun mempunyai masalah dalaman atau masalah dengan boyfriend
atau masalah keluarga? Wallahualam.
Tak pasti bila tarikh dan masa sebenar kejadian ni berlaku. Tapi around
petang2 dalam jam 4 – 5 petang tadi 24 Mac 2011 dan direkodkan dan
dkongsi sendiri oleh perakam video tersebut yang berada di tempat
kejadian KB Mall masa tu.
Video baru cuba-cuba nak terjun:
Mujur ada pasukan BOMBA yang pantas datang untuk cuba menyelamatkan cubaan bunuh diri budak ni. Berjayakah diselamatkan?
Nasib baik umur masih panjang dan dikhabarkan budak perempuan ni hanya
cedera ringan..dia selamat sebab pihak Bomba dan Penyelamat dah bersiap
sedia dengan tilam di bawah. Alahai dik…tak tahu ke hukum bunuh diri tu
haram? Tak cium bau syurga laa jawabnya. Banyak lagi cara lain untuk
menyelesaikan masalah!
Trauma Kena Raba
Gadis diraba rakan sekerja
Bayi 1 Bulan Mati Dirogol...
Bayi 1 Bulan Dirogol Dan Dipukul Sehingga Hampir Mati
Perempuan Tak Tahu Malu... Cis
Wanita 21 Tahun Rayu Pakai Seluar Dalam
Empat Lelaki Rogol Remaja
Padah Tipu Ibu, Remaja Dirogol Empat Lelaki
Pancung Kepala Isteri Kerana Curiga Kesetian
Lelaki berusia 41thn, penjual dilaporkan telah memancung isterinya di Edapadi di daerah Salem 'india'. Kemudian dia pergi ke balai polis dengan kepala isteri beliau . Ia telah dilaporkan bahawa tertuduh kerap berlaku pertengkaran dengan isterinya mengesyaki kesetiaan terhadap beliau.tertuduh terlalu marah, dan menyerang isterinya dengan sabit dan memancung kepala isterinya.
Beringatlah sebelum kena
Wanita Yang Bertudung, Ingatlah Sebelum Kena
Rata-rata dari kita, ternyata dan pastinya akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T untuk melakukan perubahan yang baik.
Semuanya akan berlaku sama ada dengan cepat atau lambat yang kita sendiri tidak ketahui.
Kadang-kadang, apabila melakukan hijrah diri, kita perlu untuk memahami niat dan beberapa konsep yang diajar dalam agama Islam.
Bagi yang terdetik untuk mendalami ilmu agama dan ingin meninggalkan perkara yang buruk termasuklah dari segi pemakaian baju, itu sesuatu yang patut kita syukuri.
Itu adalah kisah ingin berhijrah.
Penulis terjumpa satu blog yang boleh dikatakan memalukan dan mengaibkan diri seseorang.
Di blog http://tudung-candid.blogspot.com/, terlalu banyak gambar yang dipaparkan yang boleh mendatangkan perasaan marah dan geram.
Semuanya adalah gambar wanita yang bertudung bermacam-macam jenis dan fesyen yang digayakan mengikut perkembangan zaman sekarang ini.
Terlalu banyak entri menulis tentang wanita yang bertudung ditulis beserta lengkap dengan gambar-gambar wanita bertudung.
Tajuk-tajuknya juga terlalu ‘pedas’ dan menusuk hati kalau dibaca.
Mungkin si penulis blog itu mempunyai niat untuk menegur wanita-wanita yang bertudung zaman sekarang untuk bertudung mengikut hukum Islam.
Cuma, bagi penulis, cara dan ayat yang digunakan adalah sama sekali tidak sesuai.
Malah, gambar-gambar yang ditangkap dan dimuat naik juga adalah secara ‘candid’. Jadi, mudahlah si penulis blog untuk menulis entri yang ‘tajam’ seperti itu.
Nak-nak lagi, menulis blog dan membuat blog itu adalah terlalu bebas diamalkan pada masa ini.
Jadi, bagi wanita-wanita yang diluar sana yang memakai tudung, sama-samalah kita mengingatkan diri kita tentang hukum-hukum cara bertudung dan berpakaian.
Supaya, tidak menjadi mangsa kritik bagi sesetengah pihak.
Yang baik itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu lahirnya dari diri kita sendiri.
Ingat, sebelum terkena! Wallahu’alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)