Wanita 21 Tahun Rayu Pakai Seluar Dalam

GRIK: Seorang wanita merayu kepada pegawai pencegah maksiat untuk masuk
semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai
semula seluar dalam yang tidak sempat dipakainya sejurus selepas dia
ditahan, pagi kelmarin.
Permintaan itu dipenuhi oleh pegawai berkenaan apabila mendapati wanita
itu berada dalam keadaan mengghairahkan kerana memakai seluar ketat
nipis, selain baju yang dipakainya kelihatan dalam keadaan tidak
sempurna.
Wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup
seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun
lalu. – Mohd Jonid Abdul Syukor, Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama
Daerah Grik
Wanita berusia 21 tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu.
Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan.
Wanita berusia 21 tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu.
Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan.
Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul
Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota RELA menyerbu rumah
berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan
pasangan itu.
“Selepas kira-kira 10 minit kami mengetuk pintu bilik yang berkunci dari
dalam itu, ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum
mendapati seorang wanita sedang duduk di atas tilam nipis.
“Keadaan atas tilam berselerak dengan kain selimut dan sehelai kain
sarung di dalam bilik sempit hanya kira-kira tiga meter persegi itu,”
katanya ketika ditemui di tempat serbuan, kelmarin.
Katanya, ketika diajukan soalan mengenai status mereka bukan pasangan
suami isteri, wanita berkenaan mula meninggikan suara sambil
menceritakan masalah keluarga pasangannya yang enggan menerima dia
sebagai menantu.
Wanita berkenaan mengaku pergi ke rumah kongsi tempat tinggal kekasihnya
yang bekerja di kilang papan di situ dengan menunggang motosikal sehari
sebelum itu dan bermalam bersama kekasihnya.
“Malah,
dia juga mengaku dalam seminggu dia pergi beberapa kali ke rumah itu
sejauh kira-kira 30 kilometer dari rumahnya bagi melepaskan rindu selain
memberi alasan untuk membawa makanan.
“Ketika disoal, wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu
mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih
lima tahun lalu.
“Malah, apabila ditanya berapa kali sudah terlanjur melakukan hubungan
seks, wanita itu tanpa segan silu mengaku tidak terkira banyaknya dengan
alasan dia terlalu sayang kepada pasangannya,” katanya.
Ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd Jonid
berkata pemeriksaan pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan didapati
mengandungi beberapa adegan rakaman hubungan seks dengan berlatarkan
bunyi unggas pada waktu malam dipercayai hasil rakaman peribadi mereka.
“Telefon itu kemudian dirampas untuk dijadikan bahan bukti dan mereka
ditahan satu malam di lokap polis sebelum menghubungi keluarga untuk
dijamin.
“Pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah
Perak dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara, jika
sabit kesalahan,” katanya.
No comments:
Post a Comment