Wanita Maut Ditikam Tiga Kali

Tanggal 14 Februari bagaikan tarikh untuk membunuh diri. Semalam,
seorang wanita bangsa Cina berusia 36 tahun dikatakan terjun dari
tingkat enam di pusat membeli belah Berjaya Times Square
akibat bergaduh dengan kekasihnya. Satu lagi kes berlaku di Bukit
Mertajam apabila seorang wanita ditikam oleh teman lelakinya sendiri
awal pagi semalam.
Akibat cemburu, seorang lelaki sanggup menikam sehingga mati seorang
gadis sebelum bertindak menikam dirinya sendiri sebanyak empat kali di
sebuah rumah di Taman Hwa Seng dekat Alma semalam. Mangsa, Tan Ching
Chin, 24, sedang mandi di rumah tersebut sebelum pemuda itu menikam
mangsa sebanyak tiga kali. Bagaimanapun, mangsa mati di tempat kejadian
dan pemuda itu masih berada dalam keadaan kritikal.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner
Mazlan Kesah, suspek dipercayai menaruh hati terhadap mangsa yang
merupakan pembekal barangan binaan kepada syarikat abang gadis itu yang
juga tempatnya bekerja.
Menurutnya lagi, kedua-duanya baru berkenalan selama enam bulan dan
suspek berada di rumah mangsa sejak 10 Februari lalu untuk bersama-sama
menyambut Tahun Baharu Cina.
No comments:
Post a Comment