Krisis Lahad Datu Sabah : Kerajaan UMNO Barisan Nasional Yang Salah? Konspirasi Terancang UMNO?

Krisis Lahad Datu Sabah :
Krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah semakin panas ketika ini bukan
sahaja di lapangan Lahad Datu dan Semporna tetapi juga di pentas politik
apabila masing-masing terus mempolitikkan isu ini dan tuding emnuding
sesama sendiri sedangkan krisis pencerobohan belum pun menemui jalan
penamatnya. Terbaru…..
Jikalau sebelum ini sudah 2 komando PDRM telah pun terbunuh, terbaru 6 orang lagi anggota PDRM terkorban dalam serangan hendap masing-masing di Lahad Datu dan Semporna. Bagaimana pula agaknya dengan nasib dan keselamatan rakyat Sabah ketika ini?
Krisis Lahad Datu Sabah : UMNO Puncanya?

Sumber : Keadilandaily
Sekarang ini anggota keselamatan kita sedang berperang dengan penceroboh
Lahad Datu yang telah “berjaya mencabul kedaulatan negara”. Harapan
kami sebenarnya, dalam urusan dan krisis Lahad Datu Sabah seperti ini
baik Pakatan Rakyat & Barisan Nasional perlulah bersatu hati tanpa
mengira fahaman politik. Ini bukan masanya untuk memperolehi “political
milaage”.

Sumber : KeadilanDaily
Apabila melihat telatah sesetengah kalangan pemimpin politik yang kita
ada sekarang ini disebalik krisis Lahad Datu Sabah ini, teringat kami
dengan satu ungkapan ini :
“Sometimes the military don’t start wars. Politicians start wars”
Krisis Lahad Datu Sabah : Hentikanlah Tuding-Menuding!!
Diharapkan juga perasaan hiba yang menyelubungi keluarga wira-wira
negara kita yang telah terkorban ini dijaga. Sepatutnya apabila sudah
bergelar seorang ahli politik yang boleh kami katakan sudah agak lama,
perlulah berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan. Tidak perlulah
“menyibukkan diri” tampil ke hadapan sekadar hanya mahu meraih
keuntungan politik semata. “Jangan sesekali cuba menangguk di ayer yang
keruh”.

Dan kami sama sekali tidak merasakan yang krisis Lahad Datu Sabah
termasuk insiden tembak menembak di Lahad Datu dan terbaru di Semporna
Sabah adalah berpunca daripada tindakan & konspirasi terancang UMNO Barisan Nasional untuk menjadikan ia sebagai sandiwara menjelang pilihanraya Umum ke 13.
Kami tidak rasakan begitu UMNo Barisan Nasional sanggup untuk mengemabil risiko terbesar seperti
ini apatah lagi ia membabitkan keselamatan negara dan campur tangan
pihak asing (penceroboh tentera SULU) hanya untuk kepentingan politik
masing-masing. Tidak. Kami tidak fikir begitu sehingga begitu sekali.

Cuma….apa yang boleh kami katakan setakat ini, ia sebenarnya berpunca daripada satu masalah dan krisis yang telah “bernanah” sejak sekian lamanya…..Apa respon balas anda pula?
P/S : Salam takziah kepada ahli keluarga mangsa yang telah terkorban.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada wira-wira negara kita yang
telah berjuang habis-habisan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan
negara kita yang sedang cuba dirobek daripada apa yang berlaku dalam krisis Lahad DatuSabah ini
PP/S : Harapan kami tidak kira apa warna parti kita semua sekalipun,
sama-samalah kita bersatu. Ini adalah “Rumah Kita”. Sabah adalah milik
rakyat Sabah yang “tulen” dan milik kita semua, milik rakyat Malaysia
untuk sama-sama kita pelihara dan pertahankan.
No comments:
Post a Comment