Bermodalkan RM2 untuk
melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian
persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya
menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah
umur menerusi perkenalan di FB.
Itu yang dilakukan Tina,
17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki
peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya
ketika itu baru 13 tahun.
Gadis berasal dari utara
tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana
tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap
liarnya.
Peluang itu digunakan
Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di
tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup
mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan.
Sanggup membelakangkan
keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah ‘keluar kandang
harimau, masuk mulut buaya’ apabila rumah yang dihuninya turut menjadi
‘port’ lepak 10 lelaki setiap hari.
“Saya pasti keluarga
melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan
supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya
diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada
Fendi.
“Tiada paksaan ketika
kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama
seronok. Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan
Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman
berkenaan.
“Namun saya tak bodoh,
sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar.
Paling banyak RM60, paling sedikit RM30.
“Fendi yang kononnya
kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana
saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya,” katanya kepada
Metro Ahad.
Menurut Tina, selama
tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu
melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari.
Secara purata, gadis
hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran
RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika ‘bekerja’
berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak
itu.
Selepas bosan selain
memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari
‘penjara ciptaan’ itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya
membeli-belah menggunakan duit haram itu.
Namun, kegembiraan untuk
membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila
Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan.
Pertemuan dengan keluarga
yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan
keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari
semula selepas pergerakannya dikawal ketat.
“Saya dikurung keluarga,
namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. Berbekalkan wang
tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib
baik tidak cedera.
“Kemudian, saya ke kafe
siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan
berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka.
“Bertemu di lokasi
ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun,
‘dating’ ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel.
“Sekali perkhidmatan,
saya mengenakan bayaran maksimum RM60. Selalunya pelanggan tidak kira
keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel
sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan
layanan saya.
“Selepas habis tempoh
itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya.
Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan
diri dari rumah,” katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung,
Selangor.
Enggan menyalahkan
sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika
memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan
berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang
sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi
tidak mencukupi.
Malah, katanya, dia tidak
memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar
keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya.
“Saya berada di sini
hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya
masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di
lembah maksiat.
“Namun, masih banyak
perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. Saya juga belum kuat
untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke
jalan salah,” katanya mengakhiri perbualan.
No comments:
Post a Comment