
Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba
memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)
yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri
apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.
Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak
lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.
Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah
berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya
orang kedua dalam premis berkenaan.
Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya,
menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung
kesan merah di lehernya.
Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat
digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya
yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu
terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.
Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh
guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah
teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.
Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan
tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.
Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit
mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang
tinggi.
SUMBER: http://pengempaq.blogspot.com/2013/03/ustazah-dicekup-kerana-memiliki-kondom.html
No comments:
Post a Comment