Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai,
terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP
yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya
sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi
“tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini.
Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang
dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke
Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang
berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang
dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi
semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya
Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang
menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa
“Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak
Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak
Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh
itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita
lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.
1. Amber Court
Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang
cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang
tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena
kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka
menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management
selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu.
Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:
Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court
mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung
masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg
barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi
sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik
kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu
dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai
member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang
ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak
layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu
dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
“aku
nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak
sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus
paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa
minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa
jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik
melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm
kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie
hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh
datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat
situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
2. Apartment Ria
Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada
seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar
badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah
tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang
kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina
tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan
suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut
tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara
anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada
sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai
tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la
pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade
sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram
je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1
unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je
bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram
jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm
bunyi bile oven dah panas.”
3. First World Hotel
Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini.
Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum
pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat 1st world pun seram aku dgr
cita membe akum ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil
tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak
ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik
stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku
baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal
aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido
pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
4. Cradle Rock
Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:
budak genting panggey tempat tu
BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti
perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat
situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata
kat situ ade kes suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi
jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu
ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan
nangis2……………..ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama makin kuat
nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni kire
kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.
P/s: Walaupun kisah ini dah lama, tapi mungkin masih diingati oleh
mereka yang pernah mengalaminya, kalau korang ada pengalaman menyeramkan
di Genting Highland ni, bolehlah kongsikan bersama kami..